La Juiceria started with a simple mission

to empower lives through wholesome nutrition.

Sejak 2013

Ditubuhkan pada 2013, La Juiceria memulakan perjalanannya dengan menghasilkan jus tekan sejuk yang mudah didapati secara dalam talian oleh semua pelanggan. Kemudian, ia mula berkembang serta menaik taraf menjadi kedai bar jus yang beroperasi di sekitar Lembah Klang. Kaedah “tekan sejuk” yang digunakan oleh La Juiceria telah memastikan pengekstrakan zat dari buah-buahan dan sayur-sayuran dilakukan secara maksimum bagi menghasilkan jus yang bersih, halus dan segar. Produk istimewa kami ialah jus hijau yang telah mendapat sambutan sepanjang masa iaitu Goodness Greens. Ia dihasilkan daripada 1kg campuran buah dan sayuran. Sehingga kini, kami juga telah menjual berjuta-juta botol PowerShot yang mampu meningkatkan sistem imuniti yang diperbuat daripada bahan “superfood” seperti kunyit dan halia.

Di La Juiceria, kami sangat teruja untuk mengangkat gaya hidup sihat lebih daripada sekadar menghasilkan jus. Hari ini, La Juiceria Superfoods telah berjaya berada setaraf bersama jenama lain yang diyakini oleh komuniti dalam mendapatkan makanan yang sihat dan berkhasiat. Menu kami menampilkan salad istimewa yang membawa konsep “dari ladang ke meja makan”, nasi yang berkonsepkan “poke bowl”, makanan bungkus (wrap) yang menyihatkan, minuman air smoothie berasaskan tumbuhan, kopi berkualiti tinggi dan banyak lagi. Setiap hidangan dihasilkan secara teliti bagi memenuhi citarasa Malaysia, memenuhi kehendak pelanggan dengan menyajikan pelbagai pilihan diet seperti makanan rendah karbohidrat, keto, YOLO, vegan, vegetarian dan juga hidangan diet seimbang. Kesegaran setiap hidangan kami terjamin dengan penggunaan bahan terbaik seperti dada ayam, nasi kubis bunga, sos teriyaki, sambal dan tauhu yang dihasilkan sendiri di dapur pusat kami yang telah disahkan Halal.

Konsep baharu kami, La Juiceria Grocer kini telah tercipta daripada hasil permintaan orang ramai yang memerlukan hidangan yang cepat, mudah serta makanan yang sedia untuk dimakan. Permintaan ini telah memberi keyakinan terhadap siri La Juiceria Grocer dalam menawarkan produk yang sihat dan lazat terus ke dapur rumah anda. Dua produk utama kami iaitu dada ayam sejuk beku dan makanan sedia untuk dimakan dihasilkan untuk memberikan kemudahan serta zat yang baik untuk anda. Masa dalam penyediaan makanan hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit, dimana ia menjadi pilihan yang sesuai untuk sesiapa yang mempunyai jadual yang padat termasuk yang berkeluarga. Berikan orang tersayang atau tetamu anda dengan hidangan yang mudah, lazat, lagi menyihatkan kepada mereka kerana menyediakan makanan kini menjadi lebih mudah.