Superfoods Menu

Tentang Produk

Ya, dapur pusat La Juiceria Grocer telah disahkan Halal. Buat masa ini, siri dada ayam dan sayur campuran masih dalam proses mendapatkan pensijilan Halal.

La Juiceria Grocer Chicken Breast Series dimasak setiap hari menggunakan kaedah sous vide oleh chef kami yang berpengalaman.

Semua makanan kami dimasak sepenuhnya, dibekukan serta-merta menggunakan teknik vakum untuk mengekalkan kesegaran, nutrisi, dan rasa. Hanya perlu panaskan selama 3 – 5 minit sebelum dinikmati!

Dada ayam kami diperap dengan sos yang dihasilkan oleh chef kami tanpa gula tambahan, dan sangat rendah minyak dan garam. Tinggi protein, rendah kalori!

Sebaik sahaja anda menerima produk, simpan di dalam peti sejuk beku (freezer) dan rujuk tarikh luput untuk panduan.

Kami mengutamakan penggunaan bahan segar di dalam makanan kami. Kami tidak menambah sebarang bahan pengawet untuk memanjangkan jangka hayat produk ini.

Setiap produk dikedap rapi menggunakan pembungkusan vakum dan dimasak sous vide untuk menjamin kesegaran, nutrien dan rasa terbaik.

La Juiceria Grocer Chicken Breast Series tersedia dalam variasi pedas dan tidak pedas.

Perisa tidak pedas ialah Pesto Sauce, Lemongrass, dan Mixed Herb.
Manakala perisa dengan tahap kepedasan sederhana ialah Sambal, dan Nyonya Laksa

Setiap paket dada ayam mengandungi 170g (selepas dimasak). Kandungan protein dada ayam adalah antara 37g – 42g bergantung pada perisa, dengan jumlah kalori sekitar 203kcal – 313kcal.

Sila rujuk halaman produk untuk maklumat pemakanan lengkap.

Pengambilan & Penghantaran

Dapur pusat kami terletak di:

No. 2 Jalan Mivo 1, Taman Perindustrian Desa Aman, Kepong, 52200 Kuala Lumpur

Perkhidmatan pengambilan (pickup) bermula dari jam 9 pagi – 5 petang, kecuali:

❌ Isnin–Sabtu: Tiada pengambilan (pickup) antara jam 12 tengah hari – 2 petang

🚫 Ahad & Cuti Umum: Tiada perkhidmatan pengambilan (pickup) 

 Pengambilan/penghantaran pada hari yang sama hanya tersedia untuk pesanan yang dibuat sebelum jam 12 tengah hari untuk Kawasan Lembah Klang (kecuali Ahad & cuti umum) 

📍 Lokasi Pengambilan: No. 2 Jalan Mivo 1, Taman Perindustrian Desa Aman, Kepong

📍 Liputan Kawasan Penghantaran: Buat masa ini perkhidmatan pegnhantaran hanya dilakukan untuk Semenanjung Malaysia sahaja 

Langgan newsletter kami untuk mendapatkan makluman apabila penghantaran dapat dijalankan ke negeri lain.

📦 Semua produk dibungkus dalam kotak styrofoam dengan pek ais untuk memastikan produk kekal segar sehingga 4 jam pada suhu bilik. 

💡 Tip penyimpanan: Sila simpan terus produk ke dalam peti sejuk beku (freezer) selepas diterima untuk mengekalkan kualiti dan kesegaran. 

Penghantaran akan mengambil masa 1– 2 hari bekerja. Anda akan menerima notifikasi sistem dan panggilan daripada pasukan kurier sebelum penghantaran.

🚚 Pilihan Penghantaran

Kami menawarkan dua kaedah penghantaran yang mudah untuk keselesaan anda:

1. Penghantaran Standard (Tiada pilihan tarikh penghantaran)

📦 Tempoh Penghantaran: 2–7 hari bekerja

📍 Lembah Klang: Kadar rata RM15 | Penghantaran percuma untuk pesanan RM150+

📍 Luar Lembah Klang: Kadar rata RM25 | Penghantaran percuma untuk pesanan RM150+

2. Penghantaran Ekspres (Pilih tarikh penghantaran yang anda ingini melalui kalendar)

🕛 Pengambilan/penghantaran pada hari yang sama untuk pesanan sebelum 12 tengah hari

🚫 Tidak tersedia pada hari Ahad & Cuti Umum

📍 Hanya Lembah Klang: Kadar rata RM25 | Penghantaran percuma untuk pesanan RM150+

🔍 Semak Poskod Anda

Semak penghantaran ke kawasan anda melalui Penyemak Poskod.

🚚 SMS akan dihantar oleh pasukan kurier kami sehari sebelum penghantaran. Pemandu kurier akan hubungi anda semula untuk mendapatkan pengesahan sebelum tiba ke alamat yang diberikan. 

⏳ Masa penghantaran: 5 petang – 8 malam 📦 Perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama hanya tersedia untuk pesanan yang dibuat sebelum jam 12 tengah hari (kecuali Ahad & cuti umum) 

Anda boleh hubungi kami melalui WhatsApp di +6019-275 2038 atau emel ke info@lajuiceria.com untuk semakan status pesanan.